Mengapa kejatuhan harga Bitcoin membawa kebaikan

in #education6 years ago (edited)

Pasaran merudum Bitcoin sangat penting dalam membina asas dan infrastruktur Krypto pada masa depan. Pasaran merudum adalah persekitaran yang baik untuk pembina. Suasana yang tenang membolehkan pembina untuk membina pasaran yang kuat di masa depan.

Sejak lapan tahun lepas, Bitcoin telah mencatatkan lima kali penstabilan dan penstabilan terkini sebanyak 67% kadar kejatuhan harga pada tahun ini adalah yang paling kecil dari sudut kejatuhan peratusan harga sejak 2010.

Akhir tahun lepas sekitar bulan November dan Disember 2017, pasaran krypto menunjukkan kepada kita tahap spekulasi dan minat yang tidak pernah ditunjukkan sebelum ini. Sampaikan media massa turut serta untuk menggembar gemburkan asset digital yang baru ini.

Pelabur-pelabur yang terlibat dengan pasaran Bitcoin sejak awal tidak melatah apabila berlakunya penstabilan harga ataupun penurunan harga Bitcoin sebab keempat-empat fasa kejatuhan harga Bitcoin sebelum kejatuhan harga Bitcoin terkini mencatatkan kejatuhan harga sebanyak 80% iaitu lebih teruk dengan apa yang berlaku sekarang iaitu sebanyak 67%. Jadi jika pelabur-pelabur awal Bitcoin tidak melatah, siapa yang tengah melatah sekarang?

Jawapannya ialah pelabur-pelabur baru yang melaburkan jumlah wang yang besar seperti wang simpanan dan wang hutang ke dalam pasaran Krypto yang sedang mengalami kerugian.

Walaupun pasaran Krypto yang merudum sekarang agak menyakitkan bagi pelabur namun penstabilan harga atau kejatuhan harga Bitcoin itu penting supaya jurutera software dan syarikat-syarikat Blockchain dapat membina infrastruktur Blockchain yang baik untuk menangani gelombang permintaan dan minat akan datang terhadap matawang Krypto.

Pada akhir tahun lepas, Network Blockchain seperti Bitcoin dan Ethereum bergelut untuk menangani permintaan tinggi terhadap matawang Krypto. Pasaran Krypto mengalami kadar turun naik yang melampau kerana terdapat kemasukan duit baru pada kadar yang tidak dijangka. Sekiranya perkara ini berterusan hingga sekarang, maka network Blockchain akan gagal untuk menyokong lambakan aktiviti dan permintaan Krypto dari kita.

Pasaran menaik ketika akhir tahun 2017 asalnya dimulakan oleh pelabur dan ‘trader’ individu tanpa kehadiran institusi dan syarikat besar pada pasaran waktu itu. Sebaliknya pada tahun ini, syarikat-syarikat besar seperti Microsoft, Citibank dan Starbucks telah memasuki pasaran Krypto. Network Blockchain umum termasuk matawang Krypto utama seperti Bitcoin dan Ethereum telah menunjukkan kemajuan pesat dalam sehingga membolehkan pasaran Krypto untuk menyokong gelombang pasaran Krypto yang akan datang.

Apa yang berlaku sekarang bukanlah fasa kejatuhan Bitcoin dan matawang Krypto, sebaliknya ia adalah fasa penstabilan pasaran untuk menampung minat dan permintaan yang lebih tinggi pada masa akan datang. Apa yang penting adalah kita sebagai masyarakat perlu bersedia untuk menyerap dan menjuarai teknologi baru ini supaya kita tidak ketinggalan kelak.

Rujukan gambar:
1

Sort:  

You’ve been upvoted by TeamMalaysia community. Do checkout other posts made by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/created/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Congratulations @asyrafahamed! You have completed the following achievement on the Steem blockchain and have been rewarded with new badge(s) :

Award for the number of upvotes

Click on the badge to view your Board of Honor.
If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word STOP

Support SteemitBoard's project! Vote for its witness and get one more award!

Congratulations @asyrafahamed! You have completed the following achievement on the Steem blockchain and have been rewarded with new badge(s) :

Award for the number of upvotes received

Click on the badge to view your Board of Honor.
If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word STOP

Support SteemitBoard's project! Vote for its witness and get one more award!