ADAKAH ANDA PENGAMAL SYIRIK ATAU PENGAMAL SYARIYYAH ?

in #knowledge7 years ago (edited)

Salam semua ,
Petikan ini saya kongsikan daripada group whatsapp Panel Pembangunan Standard Perubatan Islam i-Syifa' (dianggotai Kementerian Kesihatan Malaysia, Jakim, Darussyifa, Darussalam, Manarah, Isnad Tadawi, IPTA) Sama seperti artikel TokWan yg menjadi tajuk asas keilmuan kpd semua ahli group Mengenal Syifa Syariyyah.

BOLEHKAH "SCAN" JIN DALAM BADAN? BENARKAH PERAWAT BOLEH MENGETAHUI PERKARA GHAIB?

Setelah membaca beberapa ayat Quran (atau doa) dan pesakit tidak menunjukkan sebarang respon, ada perawat yang mengatakan perkara-perkara seperti :

“Hmm kuat jin di dalam badan kau ini”

“Ada 5 jin tinggal dalam badan kau”

“Rasanya kau sudah terlanggar jin semasa membuang sampah”

"Ini jin keturunan. Sudah lama dia tinggal di badan kau"

"Kau sudah disihir. Jin tu akan ganggu kau sampai kau mati".

Ada juga perawat yang mengubat dari jarak jauh yang hanya bersumberkan gambar pesakit atau nama pesakit sambil scan je terus berkata :

“Si anu itu telah disihir”
“Ada saka dalam badannya”
"Rumah kau ada jin"

Ada juga perawat yang hanya dengan melihat je pesakit mngatakan:

“Ada jin sedang mengikuti kau”

"Aku dapat rasa kehadiran jin dalam badan kau”

"Ada 2 jin di belakang kau dan 1 jin di lutut kau"

"Aku nampak ada bayang-bayang hitam ikut kau selalu"

Kaedah-kaedah di atas adalah melanggar hukum syara’ (Syariyyah). Mereka yang mengamalkan kaedah-kaedah di atas boleh dikategorikan sebagai al-Kahin_dan _al-Arraf. Al-Kahin ialah orang yang memberitahu tentang perkara-perkara ghaib di masa hadapan atau memberitahu apa yang ada di dalam hati. Al-‘Arraf bermaksud orang yang mendakwa mengetahui perkara-perkara ghaib, atau dalam erti kata lain digelar tukang tilik. Perbuatan ‘Arraf ini dilarang oleh Allah SWT kerana tiada sesiapa pun yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah SWT sahaja. Perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran :

“Katakanlah! Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah” (An-Naml : 65)

“Dan di sisiNya jualah kunci-kunci segala yang ghaib; tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja.” (Al-An’am : 59)

“Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapa pun melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredhaiNya.” (Al-Jin : 26-27)

Malah, Nabi Muhammad SAW pun tidak mengetahui perkara ghaib. Perkara ini dinyatakan dalam al-Quran :

“Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku yang mengumpulkan dengan banyaknya benda yg mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan” (Al-A’raaf : 188)

Nabi Muhammad SAW juga pernah terkena sihir namun baginda tidak mengetahuinya. Jibrail AS yang telah memberitahu baginda bahawa baginda telah disihir oleh Labid bin al-A’sam. Jika Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengetahui perkara-perkara ghaib, (seperti sihir yang berlaku ke atas dirinya) bagaimana pula seorang manusia biasa boleh mengetahuinya?

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran di atas, adalah jelas bahawa dakwaan mengetahui tentang kewujudan jin dalam badan seseorang menggunakan kaedah-kaedah di atas adalah tidak benar. Malah, kita tidak sepatutnya menemui orang-orang yang mengamalkan kaedah-kaedah sebegitu. Menurut riwayat Muslim di dalam sahihnya bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :

من أتى عرافا فسأله عن شيء فصدقه لم تقبل له صلاة اربعين يوما

Maksudnya : Sesiapa yang mendatangi seorang ‘arraf, dan bertanya tentang sesuatu, maka tidak diterima amalannya selama 40 hari.

Abu Daud r.a. meriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW :

من أتى كاهنا فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد صلى الله عليه و سلم

Maksudnya: Barang siapa yang menemui tukang tenung kemudian membenarkan apa yang dikatakan maka sesungguhnya dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Nabi SAW.

Menurut Dr.Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya Pengertian Tauhid, membenarkan tukang-tukang tenung dan juru-juru ramal yang pada sangkaan mereka dapat mengetahui sesuatu yang ghaib, adala

h satu kekotoran terhadap ayat-ayat al-Quran di atas. Sekiranya tindakan mereka yang pergi menemui golongan tesebut dan membenarkan pula dianggap suatu yang amat keji di dalam agama, tindakan para tukang tenung dan juru ramal.Itu adalah jauh dari agama dan agama pula jauh dari mereka :

ليس منا من تطير أو تطيرله او تكهن أو تكهن له او سحر او سحرله : رواه البراز بأسناد جيد

Maksudnya : Bukan dari golongan kami sesiapa yang menganggap sial kerana alamat (tataiyur) atau minta dilihat kesialannya dan menenung atau minta ditenungkan atau mensihir atau minta disihirkan baginya.

Oleh itu, berhati-hatilah bila berjumpa dengan perawat-perawat yang menggunakan kaedah-kaedah di atas. Kadang-kadang, ada perawat yang menggunakan bahasa lunak dan halus untuk melindungi kedustaan mereka agar dapat meyakinkan pendengar.

Contohnya :

"Nampaknya penyakit encik ini bukan penyakit biasa. Encik terkena sihir. Inilah hasil penyiasatan kita. Sebab yang sebenarnya Allah sahaja yang tahu"

Ada juga yang berselindung dengan kata-kata yang dapat menggambarkan bahawa apa yang diperkatakannya itu datang daripada Allah dan dia sentiasa berpegang teguh kepada kekuasaan dan kehendak Allah semata-mata.

Misalnya:

"Nampaknya, ikut penglihatan kita hajat encik ini sukar tercapai.Banyak sangat halangannya. Ramai orang tidak sukakan encik hidup senang. Tetapi kalau mahu berjaya kita boleh usahakan, Insya Allah, akan berjaya juga nanti"

Ada juga perawat yang berkata bahawa kaedah mereka itu benar kerana ia hasil daripada kasyaf atau terbukanya hijab. Ini semua mengarut semata-mata sesenang guna alasan kasyaf dan manusia terpilih. Kasyaf memang boleh berlaku kepada orang mukmin yang hampir dengan Allah (wali Allah) tetapi kasyaf yang dikurniakan kepada orang tersebut adalah sebagai satu ujian dan rahsia antara dirinya dengan Allah. Hal ini disebabkan kasyaf merupakan sebahagian daripada karomah yang dikurniakan oleh Allah. Oleh yang demikian, kasyaf perlu dirahsiakan, tidak boleh diceritakan sewenang-wenangnya. Dalam kitab-kitab tasawur terdapat keterangan bahawa karomah mesti disembunyikan kerana ia merupakan satu ujian bagi orang yang menerimanya. Jika diceritakan atau dihebahkan, maka karomah itu akan menjadi hijab kepadanya. Berlainan dengan mukjizat yang berlaku kepada para Rasul adalah untuk ditunjukkan sebagai bukti kebenaran kerasulannya. Oleh itulah maka wali Allah yang sebenarnya amat takut dan cemas apabila dikurniakan karomah, apatah lagi untuk menghebahkan kekeramatan itu kepada orang ramai kerana takut akan dihijab oleh Allah. Wali Allah yang sebenar tidak begitu mudah menceritakan sesuatu rahsia ghaib yang telah dikurniakan Allah kepadanya, tetapi Wali Syaitan pula berlaku sebaliknya, amat mudah menceritakan rahsia-rahsia ghaib seperti itu kpd org lain nak tnjuk dia ni hebat. Mudah shj nk kenal wali syaitan ni jika apa-apa aksi atau cara perawatannya menagih pujian hebat, takjub dan penonton/pesakit akan teruja kehebatan wali syaitan maka berjayalah jin ifrit menyesatkan perawat dan juga pesakit supaya bersyirik kpd Allah.

Kesimpulannya, janganlah mudah mempercayai perawat (termasuklah dukun bergelar ustaz, pawang, bomoh atau orang biasa) yang mendakwa boleh scan boleh nmpk jin dan mengetahui perkara di alam ghaib. Sebab itu cuba baca yg ni......

JADI JIKA TERJUMPA KAEDAH PERAWATAN SYIRKIAH DI BAWAH INI HINDARILAH DARIPADA ANDA TERKUFUR DAN TIDAK DITERIMA AMALAN SELAMA 40 HARI

1- Perawat atau Dukun berketayap/berjanggut mula bertanyakan nama ibu,nama salasilah.

2- Membuat ritual semasa berubat sedangkn syifa syar'iyyah tidak memerlukan apa2 ritual semasa rawatan. Ritual dimaksudkan adalah seperti
-menyembelih/membuat hidangan utk rawatan dipermudahkan.
-memanggil 'seseorang' utk merawat(kebiasaan watak bomoh tadi akan bertukar atau aneh semasa rawatan dan normal lepas selesai rawatan ini dinamakan menurun).
-menconteng/melukis tubuh pesakit.
-membuat lakaran2 semasa rawatan pada bdn pesakit
-bagi mandi bunga(bukan tujuan mewangikan atau mencergaskan badan tapi konon utk buang hantu/penyakit) dlm badan.

3- Menggunakan asap dlm bantuan perawatan seperti asap kemenyan dan apa jenis asap pemujaan.

4- Jenis boleh mengesan dan mengetahui sesuatu alam ghaib dgn hnya melihat kpd nama atau penyakit pesakit tanpa perlu membuat rawatan dahulu dengan hanya kaedah 'scanning' shj pun boleh sembuh. Hebat betul syirik org ni.
-beza pula dgn rawatan islam yg akan membacakan dahulu ayat2 quran dan doa2 perlindungan/kesembuhan. Jika ada apa2 reaksi semasa bacaan ruqyah maka amat positif pesakit ada gangguan.

5- Dengar dan faham kaedah bacaan mereka sbb kalau syirik;
-membaca wirid2 atau mantera2 yg pelik-pelik.
-bacaannya tidak jelas dan tidak didengari.
-membaca sbhg drp ayat quran sahaja kemudian dicampur aduk smbil membisik atau membacakan mantera secara samar2(tidak didengari).
-memanggil wali2, raden, nama2 orang mati, meminta karomah atas sesuatu benda dgn berkat kalimah dan sbgnya.
-menyebutkan mantera atau bacaan yg tidak difahami. (Ingat, rawatan islam hanya baca quran dan doa sahaja dan ia dibaca dgn sebutan jelas bkn hnya bunyi mcm baca sesuatu ). Paling kurang pesakit sendiri boleh mendengarnya
-berdoa mghrpkn khadam,syeikh dtg bantu bknnya Allah.

6- Memberikan sesuatu alat utk dipakai atau disimpan diletakkan pada sesuatu tempat kepada pesakit konon ia mampu menyakiti, melindungi atau menjauhkan jin dr badan kita.
-maksud di sini ialah pemberian minyak, wafaq, wifik, azimat dan tangkal.
-menyuruh pesakit mengamalkan sesuatu yg bertentangan dgn syariat islam.

7- Meminta atau meletakkan pengeras atau mengenakan pengeras sekian2 banyak baru boleh buat rawatan.
-Meminta pesakit menyediakan jamuan sebelum boleh memulakan rawatan( permintaan ini memberatkan pesakit).
-Meminta pesakit menyediakan paku, limau, kemenyan, lada hitam, tahi besi, sabun atau minyak bidara, rokok, garam atau apa-apa sahaja yg perlu dibeli oleh pesakit yg boleh diertikan memberatkan pesakit.

8- Perawat sendiri melanggar kaedah perawatan islam contohnya semasa merawat sambil merokok atau minum, pakai seluar pendek tidak berbaju, memegang bhg anggota yg tidak boleh disentuh bukan mahram (luar dan dalam).

9- Ketika rawatan ada perkara yg melanggar syariat islam. Contohnya mandi tnpa pakaian berdua dengan pesakit, mengurut dan sentuh pesakit tanpa lapik tebal dll.

10- Perawat jelas berkomunikasi dgn sahabatnya meminta prgi merawat pesakit di rumahnya mlm nanti atau perawat bgth sekejap lagi sahabatnya (jin islam) dtg bantu. Ini semua adalah syirik wlpun jin islam dtg utk membantu .

11- Mengenakan pantang larang yg menyusahkan pesakit antaranya
-tak boleh ziarah kubur atau mengiringi jenazah ke kuburan.
-tak boleh lalu/ menyurut bawah ampaian.
-tidak boleh pergi rumah yg ada kematian.
-tidak boleh makan itu ini contohnya bersengat berduri pisang emas dll (klu atas nasihat doktor tiada mslh kerana ada juga sebahagian makanan yg dipantangkan kpd pesakit).
-pantang larang yg jelas melanggar syariat islam contohnya bila dah amalkn amalan pelaris ini tk boleh mandi wajib selama setahun dsb.
-menyuruh pesakit membuat sesuatu yg boleh menjebakkan kpd syirik contohnya tk boleh ambil wuduk selepas senja sehingga pagi hari jika ingin kebal.

12- Tidak pernah belajar atau berguru amalan dan ruqyah termasuklah MSS atau Syifa Morha tetapi boleh meruqyah dengan begitu hebat sekali. Sekali tepuk sahaja dah terpelanting jin telinga capang ke parit blkg.

13- Sandiwara dgn cara meruqyah dari jauh, minta nama, gambar atau barangan peribadi pesakit.

14- Menggunakan alat2 tertentu semasa meruqyah sprt;

  • limau purut
  • bunga
  • daun kering
  • daun tanduk rusa
  • daun langsuyar
  • tempurung lubang dua
  • sarang labah
  • bawang putih
  • kunyit jantan
  • keris lama
  • lada hitam
  • pucuk atau buah bidara
  • minyak atar tertentu

Utk menghindari dari gangguan jin dan mesti diamalkn juga ayat/doa berdasarkan jumlah tertentu, waktu tertentu dan selama tempoh tertentu maka boleh menjadi perkasa dgn kelebihan boleh merawat org lain, bg jurus kpd lawan terus tumbang wlpun tnpa disentuh atau lawan nk dtg pukul terus terpelanting, aura dan dgn tenungan mata sudah mencukupi untuk menumbgkn memecah

kan perut musuh. Karut lah ini semua sebab itu dinamakan Syirkiah.

Moga Allah bagi kefahaman dengan kita dalam hal rawatan islam. Dari itu banyak lagi ciri2 rawatan bukan islam yg perlu kita ketahui.

Wallah hu a'lam

[Rujukan:

  1. “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit dan Pengubatan”oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (2009), m.s.168-171.
  2. “Berpawang dan Bersahabat dengan Jin daripada perspektif Islam”, Jahid Sidek (2004), m.s.82-87.
  3. “Pengertian Tauhid”, Dr.Yusuf Al-Qardhawi (1999), m.s. 70-73.]

Pantang Larang dalam Usaha Mengelakkan Gangguan Jin dan Syaitan

Pantang larang ini hanya dikhususkan berkaitan TEMPAT sahaja. Pantang larang lain tidak disertakan. Pantang larang ini wajar dipatuhi oleh orang yang pernah terkena gangguan, atau sering menghadapi gangguan mistik, atau yang lemah semangat. Orang yang sihat pun wajar mematuhinya kerana sebahagian daripada pantang larang ini sabit daripada hadis.

  1. Pusu Anai-Anai. Jangan bermain di kawasannya, atau membuang sampah di kawasan pusu. Kerana syaitan membantu menghantar air kepada anai-anai di pusu. Hal ini sabit dalam peristiwa kewafatan Nabi Sulaiman a.s.

  2. Air sungai, parit atau air bertakung. Terutama ketika waktu malam, jangan berada di dalam air mahupun melakukan perbuatan yang boleh menyakitkan jin. Hadis menyebutkan, "air pada waktu malam ialah tempat tinggal jin."

  3. Lubang tandas. Jangan mencurah air panas ke dalamnya kerana menyakitkan anak jin yang menghuni lubang tandas.

  4. Tempat tidur atau katil. Sebelum tidur, tepuk dahulu dengan tapak tangan sebanyak tiga kali, atau kebas dengan kain. Kerana ada jin yang menumpang tidur pada tempat tidur manusia.

Sort:  

@cryptohustlin has voted on behalf of @minnowpond. If you would like to recieve upvotes from minnowpond on all your posts, simply FOLLOW @minnowpond. To be Resteemed to 4k+ followers and upvoted heavier send 0.25SBD to @minnowpond with your posts url as the memo

Hi! I am a robot. I just upvoted you! I found similar content that readers might be interested in:
https://sitiazimahbintirupilen.blogspot.com/2015/08/benarkah-perawat-boleh-mengetahui.html